10/05/2011

Tips hidup sihat budak-budak U


Anda pelajar universiti yang sibuk dengan pelajaran tetapi inginkan tip-tip sihat untuk menjaga berat badan, diet dan kecergasan? Ikutilah 10 tip mudah.
  1. 1.
    Jangan skip breakfast! Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri, kebanyakan pelajar selalu meninggalkan sarapan samada sengaja atau tidak. Saya faham, mungkin ada yang terlewat nak ke kelas, sebab tu tak sempat nak sarapan. Kajian mendapati bahawa amalan meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam kelas. Jadi, apa kata selepas ini anda latih diri anda untuk bangun lebih awal daripada biasa atau cuba elakkan sambung tidur selepas solat Subuh. Anda akan ada masa yang cukup untuk bersarapan sebelum ke kelas.
  2. 2.

    Makanan segera? Makanan segera dan status pelajar ni memang tak dapat nak dipisahkan! Mungkin anda rasa bosan nak makan makanan yang sama saja setiap hari, jadi pilihan yang terakhir adalah MAKANAN SEGERA! Tak kiralah samada maggi ke, KFC, PIZZA HUT dan segala macam lagi jenis makanan segera yang ada. Oleh itu, jika anda betul-betul nak makan makanan segera, buatlah pilihan dengan bijak. Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju! Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!
  3. 3.
    Makan berkalsium tinggi Cubalah makan makanan berkalsium tinggi! Susu antara pembekal kalsium yang sangat tinggi. Kalau anda jenis yang tak suka minum susu, anda boleh cuba makan makanan lain seperti yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, sayur-sayuran. Pssst, kepada yang tak suka minum susu tu, apa kata anda cuba minum susu berperisa. Misalnya, perisa coklat. Anda pasti akan kurang rasa mual.
  4. 4.
    Kurangkan berat badan Kalau anda perlu kurangkan berat badan, jangan sampai crash diet pulak. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan adalah apabila anda berasa baik dan gembira melakukannya. Jangan rasa terpaksa. Teruskan usaha, dan amalkan makan makanan yang seimbang.
  5. 5.
    Kurangkan pengambilan gula. Kepada yang tidak tahu, gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama kepada kerosakan gigi. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula, dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  6. 6.
    Banyakkan minum air. Biasanya pelajar mudah berasa mengantuk di dalam kelas. Ini mungkin disebabkan anda berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Apa kata anda bawa sebotol air semasa anda pergi ke kelas. Badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Dan kalau anda rajin bersenam, anda memerlukan air lebih dari itu. Air satu-satunya minuman yang mempunyai 0 kalori. Jadi, tak kan gemuk punya kalau anda banyak minum air pun! ;)
  7. 7.
    Berdisiplin! Anda perlu latih diri anda supaya berdisiplin semasa makan. Jangan makan semasa menonton televisyen atau makan sambil berbaring di atas katil. Ini akan menyebabkan anda tidak sedar akan kuantiti makanan yang anda telah ambil.
  8. 8.
    Mayonis lebih, please? What? Ada di kalangan anda fikir bahawa makan sayur-sayuran seperti salad bersama buah-buahan dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan. Dan kebanyakan anda juga yang akan makan salad dan buah-buahan bersama macam-macam dressing seperti mayonis dan thousand island sebagai penambah sedap. Sedap memang sedap. Tapi kalau anda ambil terlalu banyak mayonis dan thousand island mahupun keju, anda sebenarnya telah mengambil kalori yang mungkin sama atau lebih banyak berbanding jika anda makan burger atau kentang goreng!
  9. 9.
    Snack time! Sebagai seorang pelajar, anda mesti selalu tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, projek dan sebagainya kan? Dan selalunya, anda akan rasa lapar di tengah-tengah malam. Kalau tak rasa lapar pun, anda mesti rasa nak mengunyah sesuatu untuk hilangkan mengantuk dan bosan kan? Jadi, untuk mengelakkan anda makan makanan yang kurang baik seperti gula-gula, burger, atau maggi, apa kata anda simpan snek-snek yang lebih baik untuk di makan. Sebagai contoh, bijirin, kekacang, buah-buahan segar dan kering, atau biskut bijirin penuh!
  10. 10.
    Ingat! Makanan bukan sekadar untuk menggembirakan perut dan tekak, tetapi ia adalah salah keperluan untuk hidup. Tetapi, makanan juga boleh memudaratkan sesetengah orang. Oleh itu, anda harus pandai memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.

    Tips ni aku ambil dari blog Kevin Zahri. Jadi tiada pesanan encik malas bercakap untuk hari ni. Selamat mengikuti hidup sihat!

Terkini : Penyimbah Asid di Kuala Lumpur

Bila agaknya polis dapat tangkap lelaki psiko ni...sekarang dah rasa tak selamat nak berjalan-jalan kat area KL. Rasa macam nak berjalan pakai topeng jek...naik kereta nak bukak tingkap pun takut-takut...sampaikan nak bayar tol pun bukak tingkap ngam-ngam untuk keluarkan tangan jek...dashyat betul trauma yang laki ni dah buat kat masyarakat

Minggu lepas lima orang wanita lagi jadi mangsa kena simbah asid...salah seorang daripadanya hadapi risiko untuk buta...orang sibuk-sibuk nak celebrate Hari Ibu jantan ni boleh pulak nak aniaya orang perempuan...apa motif dia aku pun tak tahu...modus operandi suspek senang jek...just bermotosikal datang dari arah belakang mangsa & simbah asid ke arah muka or badan mangsa...mana-mana yang dapatlah...takkan hobi dia macam tu kot...suka tengok orang menderita, suffer terjerit-jerit panas???

Area KL pun dah start banyak sekatan jalan raya yang tahan penunggang motorsikal...dia punya pasal orang lain semua dapat susah...baguslah bila Polis giatkan usaha untuk memburu penjenayah yang brutal ni...mesti kasi setel benda ni cepat-cepat kalau tak memang tak aman dunia ni...pelancong pun takut nak datang...nak bawak mak aku datang KL bershopping pun tak best

Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India...tak tahulah kalau ada orang lain pun ambik kesempatan join aktiviti camni...maklumlah kes ni dah jadi famous...ada yang cakap dia pakai helmet fullface, berjaket & naik motor Honda EX5...ramai jugak yang identiti camni aku jumpa kat KL...habis semua jadi suspek

Apa-apa pun berhati-hatilah wahai insan yang bergelar perempuan...kalau ada motor usha dari belakang cepat-cepat lari.

Pesanan encik malas bercakap "Kepada sesiapa yang perasan terjumpa mamat ni, disarankan pukul sampai separuh mati".

Bertemu di Kalbu Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Kenapa panas sangat sekarang ni

KUALA LUMPUR: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.


“Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini, semalam.


Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. “Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur,” katanya.



pesanan encik malas bercakap lagi "Panas ke tak panas ke sama je. Kerja tetap kerja".



09/05/2011

Cara nak buat pay pal tanpa kad kredit

Cara aku adalah dengan apply debit card dari mana-mana bank. Debit card atau nama famousnya adalah prepaid card. Debit card ini membolehkan anda berbelanja mengikut keperluan. Anda boleh topup kad debit ini di bank keluaran card anda. Antara bank yang aku tahu, Maybank, Cimb, Public Bank dan Ambank.

Kelebihan debit card ini adalah anda boleh apply untuk akaun paypal. Salah satu akaun paling selamat untuk pembayaran internet. Seperti di Amazon dan EBay.

Cara register anda boleh dibuat di laman web bank atau lebih bagus pergi terus apply di bank. Jangan lupa bawa salinan ic anda supaya dapat memudahkan kerja.

Dengan adanya debit card ni, anda boleh merancang perbelanjaan dan boleh shoping sampai ke luar negara tanpa keluar ke sana.

pesanan encik malas bercakap "Ada kad debit ni, jangan asyik nak belanja je. simpan sikit untuk kawin nanti".

08/05/2011

Tukar tiub motor & minyak hitam

Benda ni adalah asas kepada sesiapa yang menunggang motor. Aku bagitahu harga standard untuk dua perkara ni. RM10(minyak hitam) dan RM12(minyak hitam). If korang belajar 2 benda alah ni, bukan saja dapat kurangkan kos tapi dapat tambahkan perbelanjaan korang. Maklumlah tak ramai yang sanggup kotorkan badan sendiri dan sanggup keluar duit semata-mata nak benda cepat siap.

Ini salah satu cara untuk menjana duit. Member? korang bagilah kurang sikit tapi jangan free. Kita nak cari makan kan. Kalau free makan tiub la kita. Untuk peralatan, berkorban la sikit duit untuk permulaan. Masa depan cerah, kawan pun ramai nanti.


Ni pesanan dari encik mata duitan pulak, "Kalau dah susah nak cari kerja, buat lah kerja!".

Buat website sendiri

Di dalam dunia siber ni, banyak laman sosial yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tahukah anda, dalam facebook, 70% adalah orang malaysia? yang mempunyai 1 - 4 akaun? Jadi fikirlah betapa b*d*hnya orang kita sekarang. Jadi kita juga oleh menjana duit dengan lama sosial seperti ini. Aku sarankan untuk membangunkan "facebook" malaysia. Lebih mudah jika dilakukan oleh ramai orang.

Tak tahu di mana nak buat website? Selepas aku dan encik malas bercakap buat servey. www.webs.com adalah salah satu website yang agak menarik kerana kita hanya perlu add-on je. Simple tetapi berguna.

Bayarannya? tengok sendiri dekat website tu ek.


encik malas bercakap pesan "Kalau dah bangunkan nanti, jangan buat sampai 2,3 akaun. Menghabiskan boreh jo".