08/05/2011

Makhluk 'kawan makan kawan'

Mesti dah banyak kita dengarkan pepatah ini. Tapi kita tak tahu apa nak buat betul tak. Selepas lepak-lepak dengan encik malas bercakap. Kami dah temui cara tersendiri untuk selesaikannya.

Antara sebab yang buat kawan kita menelan kita, kita terlalu memberi. Tak salah tetap berpada-pada. Tips dari aku adalah 3 kali yang pertama boleh beri-memberi ni. Masuk kali ke 4 korang kena berani sound depan bebola mata diorang tentang ketidakselesaan korang. Terasa? itulah yang akan mengubahnya pada masa akan datang.

Pernah kawan kita rampas awek kita? Di sini ada 2 situasi. 1 rampas semasa couple, 2 rampas selepas putus couple. Rampas semasa couple ini memang susah if korang tak hensem, tak ada duit, lurus bendul, tak pandai marah... awek korang pijak kepala pun korang tak sedar. Jadi lebih baik korang lepaskan je perempuan macam tu. Biar kawan koran pula merasa apa yang anda rasa. Carilah perempuan yang sama macam anda.

Kawan ada masa gembira tetapi tiada masa duka cuka? Masa anda duka cuka, macam-macam alasan dia bagi. Bukan sekali, bukan dua kali tapi dah banyak kali. Jadi anda kena jalankan tugas anda sebagai kawan. Cakap depan-depan yang anda tidak suka berkawan dengan orang macam tu. Then apa yang diorang nak cakap biarkan. Sebab hak mencari kawan adalah diri anda sendiri.

Kawan sejati adalah yang paling penting. Tak kira mana-mana kita pergi, dioranglah yang akan korang berharap. Golongan ini tak perlu ramai sebab sangat susah untuk jumpa. If jumpa hargailah mereka. Tapi jangan berlebih-lebih. Nanti jadi macam kes yang pertama tadi.


pesanan encik malas bercakap "Pastikan diri sendiri ada paling kurang satu kelebihan. Barulah terasa betapa berharganya diri sendiri".

No comments:

Post a Comment