Bila agaknya polis dapat tangkap lelaki psiko ni...sekarang dah rasa tak selamat nak berjalan-jalan kat area KL. Rasa macam nak berjalan pakai topeng jek...naik kereta nak bukak tingkap pun takut-takut...sampaikan nak bayar tol pun bukak tingkap ngam-ngam untuk keluarkan tangan jek...dashyat betul trauma yang laki ni dah buat kat masyarakat
Minggu lepas lima orang wanita lagi jadi mangsa kena simbah asid...salah seorang daripadanya hadapi risiko untuk buta...orang sibuk-sibuk nak celebrate Hari Ibu jantan ni boleh pulak nak aniaya orang perempuan...apa motif dia aku pun tak tahu...modus operandi suspek senang jek...just bermotosikal datang dari arah belakang mangsa & simbah asid ke arah muka or badan mangsa...mana-mana yang dapatlah...takkan hobi dia macam tu kot...suka tengok orang menderita, suffer terjerit-jerit panas???
Area KL pun dah start banyak sekatan jalan raya yang tahan penunggang motorsikal...dia punya pasal orang lain semua dapat susah...baguslah bila Polis giatkan usaha untuk memburu penjenayah yang brutal ni...mesti kasi setel benda ni cepat-cepat kalau tak memang tak aman dunia ni...pelancong pun takut nak datang...nak bawak mak aku datang KL bershopping pun tak best
Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India...tak tahulah kalau ada orang lain pun ambik kesempatan join aktiviti camni...maklumlah kes ni dah jadi famous...ada yang cakap dia pakai helmet fullface, berjaket & naik motor Honda EX5...ramai jugak yang identiti camni aku jumpa kat KL...habis semua jadi suspek
Apa-apa pun berhati-hatilah wahai insan yang bergelar perempuan...kalau ada motor usha dari belakang cepat-cepat lari.
Pesanan encik malas bercakap "Kepada sesiapa yang perasan terjumpa mamat ni, disarankan pukul sampai separuh mati".
No comments:
Post a Comment