07/05/2011

Marilah tidur!

Selepas aku buat banyak servey tentang tidur, akhirnya aku temui masa yang cukup untuk tidur.
Tahukah anda tidur yang cukup adalah 8 jam sehari?

"Kadar kematian lebih cepat apabila seseorang itu tidur lebih 8 jam atau kurang 8 jam" kata encik malas bercakap.


Waktu siang juga kita perlu tidur. Jadi kita tak boleh salahkan NOBITA yang selalu tidur siang.
Kita perlu tidur lebih kurang 10 - 30 minit sehari.(waktu siang sahaja)
Dengan tidur siang selama 10 - 30 minit, otak kita akan menjadi lebih segar dan pengaliran darah lebih lancar.
Jadi pesanan encik malas bercakap kepada pekerja awam / swasta, "Lebih baik bawa bekal dan makan di pejabat, boleh kurangkan masa LUNCH. Jadi boleh tidur sebentar bersama KIT KAT".


Dengan otak yang segar, pengurangan tekanan emosi di pejabat atau di mana sahaja dapat dikurangkan.
Keletihan yang berpunca dari kurang tidur dapat dikurangkan.

Terdapat sedikit fakta tentang tidur:
Ketika kita sedang tidur nyenyak, pernafasan, degup jantung dan tekanan darah berada dalam paras yang paling rendah.

Ketika kita dibuai mimpi, otak biasanya akan bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika sedang dalam keadaan sedar.

Selain dari otak yang segar serta stress yang amat lah kurang, tidur cukup ni dapat memanjangkan usia kita.

Jadi,
Selamat mengikuti pesanan encik malas bercakap!

No comments:

Post a Comment